Posts

Showing posts with the label doorgift

Food Pack

Image
assalamualaikum.. bertemu lagi kita di sufe home recipe ewah gittuu.. baru-baru ni, sue ada buat food pack untuk tetamu dan vip sempena Loy Krathong 2016..alaa pesta yg ada perarakan dan hanyutkan teratai tu..kalau xtau google ya. meh nak share apa ada dalam pack tu sepertimana yg dah dipersetujui.. Mula-mula plan nak buat choc chip cookies kecik tapi tetiba why not kita buat yg besar..giant choc chip cookies yesss. Ok..giant sangat haha..besar muka cawan tuh haa.  Semoga pelanggan suka dengan food pack kali ni..insya Allah. Apa apa pun.  alhamdulillah rezeki Allah beri..

Doorgift Ringkas & Mudah

Image
Bismillahirrahmanirrahim..  Adakalanya ada customer nak buat doorgift atau packing muffin terus pada tetamu kan. Senang kalau oder muffin..tak renyah nak packing macam cupcake..kena jaga icing tak boleh comot. Pengendalian dari kita dan dari customer pun mudah hehe.  Mungkin muffin mudah untuk majlis-majlis ringkas sebagai tanda terima kasih pada tetamu yang hadir memeriahkan majlis kecil kita. Apa apa pun..yang penting keikhlasan. Semoga Allah merahmati sahabat-sahabat customer saya..amin.

Doorgift Chocolatte

Image
As salam.. majlis perkahwinan abangnya...diorder oleh cikgu sekolah anak sue. Nak buat makan2 family 100 biji cupcake cekolat dan juga 16 buttercream cupcake.. hmm ni diaaa :) Cupcake hantaran ada gambar sekeping ni la pulak..mana pergi lagi entah alahaaiii...cuainyaa :p

Apam Dot-Dot

Image
As salam... Minggu cuti sekolah ngan oder cupcake hantaran. Ada jugak yang mengidam nak makan apam dot dot ya.. Member yang dah bertahun xjumpa..sejak tamat tingkatan 3 tiba2 oder apam dot-dot, Alhamdulillah dapat jugak jumpa kerana apam dot-dot :) 25 biji apam dot-dot dan 25 biji apam pelangi dengan fillingnya blueberry dan mangga. Kata Zurina mesti ada kaler merah sebab tema kawen adik iparnya kaler merah. Sue pun suka red color Zue. Thanks Zue !!

Selamat Pengantin Baru

Image
Salam.. Gendang di palu...pengantin baru.. Duduk bersanding tersipu malu ~ ececehh nyayi pulok. Mula-mula order 25 jer En Amel ni..pastu tetiba malam call tambah lagik 50ketui. Nasib baik time tu dok tengah buat kek pun.. Alhamdulillah..siap. Terima kasih En Amel & Puan Rose dari Bachok, Teluk Pulai..eh ya ka?..err tak ingat nama tempat. Tahniah dari Sufe Home Recipe..semoga tetamu semua suka dapat doorgift cupcake yang tak seberapa tu. Temanya kaler ungu putih :)

Cupcake Hantaran

Image
As salam... Gambar semua dah upload dalam FB ~ Sufe Boutique , tapi xsempat nak menulis dalam blog lagi kisahnya seketui-seketui uhuhu. Ini tempahan dari Kak Za (Kubang Kerian). Temanya kaler hijau & gold. Actually kata Kak Za nak letak atas hantaran tapi dah ada bakul dah cuma nak masukkan kek saja. So sue buatkan kek chocolate moist & fondant atas permintaan Kak Za sendiri. Sue readykan jugak bekasnya 'dome' with deco.. happy viewing. Jumpa Kak Za kat Mydin Kubang Kerian..semoga kak Za suka design tu.

Selamat Pengantin Baru

Image
As salam semua... Bulan Mei ni musim cuti sekolah jadi sama dengan musim kawen jugak ehehe. Alhamdulillah rezeki mengikut musim ni, buleh le share sikit kat sini untuk tatapan semua. Semalam ada tempahan dari Anis namanya dari Kadok, Kota Bharu. Sue gi hantar kat rumah..cantik rumah Anis. Orangnya pun kecik je ehehe. Anis tempah cupcake untuk letak atas dulang hantaran..tapi Anis dah ada bekasnya. So dia nak cupcake seperti yang dah di emelkan.. Simple je..sue buat lebih kurang sama ngan apa yang dah Anis emelkan, temanya merah putih. Harap Anis suka.. Selamat Pengantin Baru Anis dan pasangan..

Cupcake lagi

Image
As salam semua.. Semalam tak sempat nak upload lagi satu versi cupcake untuk doorgift pelbagai majlis. Kotaknya tak banyak..tinggal stok sikit jer. Chocolate moist cupcake dihias simple ngan roll wafer strawbery diselit bunga sekuntum jer. Nak bagi meriah.. tambah ngan kalerful choc rice tu. Alhamdulillah..siap. Barisss..baris sedia.. :) Masuk kotak.. Sesuai untuk doorgift atau buah tangan untuk tetamu yang diundang atau tak diundang ngeee :) Tukang baca nih amik seketui hehe..

Cupcake Doorgift

Image
As salam.. Doorgift yang simple untuk majlis kesyukuran atau doa selamat. Yang ini dibuat khas untuk taste adik saya yang buat Majlis Cukur anak keduanya di Tumpat, Kelantan. Maknya request nak kek cekolat moist empat segi ngan cekelat meleleh2 merata hala ngan sekuntum bunga tecik. Hmm rasanya, menepati ciri2 penjenayah yang dikehendaki oleh inspektor sahab ehehe...taddaaaa.. Pastu makngahnya..iaitu saya menambah baik ler bekas doorgift ngan sekuntum bunga dilekatkan kat situ untuk menambah kecomelan.. sila tengok bawah dan bawah lagi :) Kalau kakak2..adik2.. makcik2 kat luar sana nak jugak bagi kat tetamu 'siso' atau doorgift macam ni. Silalah hubungi saya secepat mungkin ya 016-9938333 hehe..

Coklat Strawbery

Image
Bawa cup cake untuk makan-makan masa meeting di Machang Kelantan. Sesat nak kesana..strawbery pun dah beralih tempat hik hik... Semoga perbincangan semasa mesyuarat dapat dimanfaatkan bersama untuk hari muka. Chocolate moist cake gabungkan ngan perisa strawbery lagik..terangkat. Additional ngan strawbery fresh plak..hmmm..yum yum. Selamat makan kawan2...!!

Cup cake~Door Gift

Image
Cup Cake untuk doorgift majlis perkahwinan. Order oleh Nor & Man untuk tetamu di kawasan Kedai Mulong, Ketereh Kelantan. Tahniah kepada mempelai.. maaf Sue tak dapat attend. G antar kek je malam nikah tu :)

Cup Cake Lagi..

Image
Salam.. Terima kasih kepada sahabat jauh dari Bachok untuk tempahan cuk cake. Katanya untuk Perasmian Pembukaan Kantin. Apa-apa pun.. TAHNIAH dari Sufe untuk PnMimi..semoga rezeki melimpah ruah hendaknya..amin. Jom layan gambar.. Perisa : vanila & chocolate Design~Red Rose Bouquets

Kenduri ~ Door Gift

Image
Salam... Kenduri kalau tak serikan ngan door gift atau buah tangan untuk tetamu tak menarik kan. Sembahyang hajat beserta kenduri doa selamat diserikan dengan buah tangan untuk ustaz, pakcik2 dan adik yang datang mengimarahkan majlis. Terima kasih... Vanila cup cake diletakkan dalam mangkuk dadih tu.. bunganya sugar paste daun nya buttercream. Yang selebihnya tu untuk tuan rumah menjamu selera hehe..

Cup Cake~Vanilabery (Door Gift)

Image
Ini lah hasilnya bila vanilla bertemu strawberry...vanillaberry hot! Hehe..sesuai sangat untuk Door Gift atau makan-makan petang..yummy yummy..! Ada sikit kelainan..selalunya cup cake vanilla je kan? ini dah di kawenkan ngan strawbery.. terangkat !

Cup Cake~Chocolate (Door Gift)

Image
Salam sahabat.. Tak lama lagi dah nak start cuti sekolah..pastu dah start la kenduri kendara kan. Yang dah plan nak naik pelamin cuti sekolah akhir tahun ni..terlebih dahulu sue ucapkan Selamat Berbahagia..amin. Zaman sekarang ni banyak betul nak belanja untuk kenduri kawen yea. Ni Sue nak share Bajet Door Gift kalau nak bagi pada tetamu. Ada yang bagi telur..ada yang bagi cekelat.. ada jugak yang bagi kek cawan. Hmm.. ni ada sampel kalau nak yang bajet punya. Yang ni dalam cup yang saiz M tau bukannya dalam cawan biskut raya tu..hehe. Boleh pilih..nak kek cawan vanilla, coklat, blueberry jugak atau buleh request perisa nanti yea. Yang ni dah siap masukkan dalam plastik sudahh.. dah nampak comey...cute. Letak le tag 'Terima Kasih' kat situ sebagai tanda penghargaan pada tetamu yang hadir.! Place oder awal-awal yea. Emel sue dulu nanti kita discuss detail..oraittt!