Posts

Showing posts from 2019

Lunch Packing (Day 2)

Image
Assalamualaikum.. Hari kedua ni..kita makan heavy betul. Pagi dah belasah nasi lemak tau..tengahari kita lunch lewat sikit. Semua peserta pun kenyang lagi, so ramai yang bawak balik lunch kat rumah. Apa pun semua kata sedap..alhamdulillah.  Aa jom jengok menu Day 2: Dalca Sayur, Ayam Goreng Berempah dan Sambal Belacan Dah packing elok² letak sticker bagi cantik. Alhamdulillah..rezeki Allah untuk harini. Insya Allah esok kembali lagi.

Lunch Packing (Day 1)

Image
Assalamualaikum.. Alhamdulillah diberi peluang untuk packing lunch bagi 25 peserta kursus. Sikit atau banyak bukan ukuran, yang penting pengalamaan dan usaha..eceewaah. Apa² syukur kena selalu..alhamdulillah. Pagi. kita dah makan bihun goreng. Menu tengahari, kita makan nasi ya. Day 1:Ayam Masak Merah, Sayur Kobis Goreng & Sambal Belacan Iyaaa tau...ayam masak merah lupa nak bergambor ahaha. Kita lupa wakkk..biasalah sindrom mak² hihi. Day 2 nanti kita update ya. Pada yang berminat nak buat makan di pejabat atau rumah, perlukan bantuan..boleh hubungi kami.

Kek Span Dengan Strawberi

Image
Nak berhujung minggu bersama keluarga besar. Jom plan bawak buah tangan untuk santapan bersama.     Layan kek span vanilla..dengan freshcream serta masam manis buah strawbery..yummyy. Anak-anak pun suka. Berminat boleh pm tepi kak sue ya.  Lots of love 😘

Pandan Gula Melaka Cheese

Image
Assalamualaikum..kalau sebut kuih melaka terbayang rasa dan aroma pandan dalam kulitnya dan meletop pecah dimulut dengan rasa manis lemak gula melaka kan...kalau kek Pandan Gula Melaka pun sama.. Gambar atas tu yang dah siap potong taadaaa. Yang berminat nak rasa dan oder, sila pm tepi 016-9938333 😘 Moga Allah murahkan dan permudahkan rezeki kita semua, amin.

Chocolate Cheese Leleh Mabeless

Image
Teringin nak makan kek chocolate dengan sos cheese pekat meleleh di tepian pantai..eh tepian kek? Meh oder ngan kak sue..kek bajet je ngan harga yang berpatutan..InsyaAllah. Diadun dengan penuh ikhlas, kasih sayang dan cinta..pulak dahh haha. Korang jangan tergoda dengan suapan pertama kek coklat cheeaae kak sue hokkay.. Tak caya? xcaya takpa..cubalah dulu 😂😂

Chocolate Cake Cheese Leleh Mabeles

Image
Assalamualaikum..lately ni kak sue buka oder kek chocolate cake dengan cheese leleh sahaja. Alhamdulillah..ada sambutan dari peminat² nya tersendiri. Adunan kek yang lembut dengan topping cheese yg sederhana pekat dituang rata meleleh..errr slurrrpp. Kalau kak sue, lebih suka kek yang baru keluar peti ais. Kek yg sejuk..topping cheese pun sejuk..matilah nakkk berapa padang bola nak round tu kalau makan 2potong kek?..siapa nak jawab 😅 Sapa yang malas nak buat, sila pm kak sue 016-9938333. Nanti kak sue buatkan dengan penuh kasih sayang tau.

Choc Chip Cookies

Image
Sesuai untuk kudap-kudap anak-anak..dan mak-mak sekali. Selalunya kami buat kurang manis..tapi kalau termanis,.mungkin tempias dari senyuman kitaa..ehhhhhh 😂 Hidup perlu ada senyum tawa kan..terima kasih pada yang support cookies kak sue.