Posts

Showing posts from June, 2011

Simple Pink Putih

Image
As salam.. Ini buttercream cupcake tema kaler pink & putih untuk hantaran. Base Chocolate moist cupcake - 16pcs/ box :)

Selamat Bertunang

Image
As salam.. Hadiah dari kakak untuk si adik yang akan bertunang cuti sekolah Jun 2011 yang lalu. Hari pertama plan nak g antar..berjalan jauh kek sampai ke Bachok..angkat letak angkat letak..huruf N tu terpatah sebab dia takdok atas kek elok haha. Kena la tukar plan antar pagi esoknya. Dekat je.. seb baik selamat amin. Selamat bertunang Nina & Sham Chocolate moist cupcake - 16pcs ~fondant~
Image
As salam... oder ni datang dari adik Fatanah yang melangsungkan perkahwinan dengan Encik suami namanya Hanafe.. dah ikut contoh macam dalam emel cuma kena ubahsuai sikit ya dik. Alhamdulillah..sekali di iring dengan cupcake 2o ketui dengan warna tema coklat, merah & gold. Semoga Fatanah suka ~ Ini cuppy nya 20 ketui untuk susun tepi kek besar ~Chocolate Moist~fondant~buttercream~

Selamat Pengantin Baru

Image
As salam.. Selamat pengantin Baru Nazim & Lella di Wakaf Bharu tak silap sue. Kawan sekolah lama sue yang tolong oder kan. Temanya hitam putih. Terima kasih dari Sufe Home Recipe. chocolate moist cupcake ~buttercream~
Image
As salam.. Dah lama tak jumpa kawan2 lama semasa di Public Mutual dulu. Hmm..baru dapat masa yang sesuai untuk buat gathering. Kebetulan pula salah sorang member tu nak order kek untuk anak kesayangan bulan Julai nanti. Thanks to all friends..Insyaallah lainkali Ksue atur kan lagi pertemuan yang best sangat.. Bawak buah tangan untuk kawan2 tersayang :) Cupcake Chocolate moist ~deco icing & ganache

Choc Moist Cake

Image
As salam Mohon jutaan ampun dan maaf pada adik Raihana. Sepatutnya edible image tu besar tapi kedai salah buat. No choice tak sempat nak kejar masa. Kek Chocolate moist 1kg untuk tempahan makan dengan husband tercinta. Chocolate Moist 1kg ~ with ganache ~ koko buttercream ~ fresh Chocolate ~

Apam Dot-Dot

Image
As salam... Minggu cuti sekolah ngan oder cupcake hantaran. Ada jugak yang mengidam nak makan apam dot dot ya.. Member yang dah bertahun xjumpa..sejak tamat tingkatan 3 tiba2 oder apam dot-dot, Alhamdulillah dapat jugak jumpa kerana apam dot-dot :) 25 biji apam dot-dot dan 25 biji apam pelangi dengan fillingnya blueberry dan mangga. Kata Zurina mesti ada kaler merah sebab tema kawen adik iparnya kaler merah. Sue pun suka red color Zue. Thanks Zue !!

Cupcake Hantaran

Image
As salam.. Entry seminggu ni tentang cupcake hantaran je lah. Alhamdulillah..rezeki Allah beri..sikit ke banyak ke terima dengan ikhlas..amin. Tazkirah la pulak ya ahaha.. Ingatkan cik Fatin kensel order last minute..rupanya Fatin dari Wakaf Che Yeh sibuk ngan majlis kat rumah dia. Eh memangla..kita jadik raja sehari tu kan..maunya tak sibuk. Adduhai..seb baik petang tu dapat reply dari Fatin, so malam tu bermula la projek.. Temanya Hitam~Putih~Merah..taddaaaaa ~ Fatin kata nak letak 16 cuppy dalam satu kotak ~ as you wish dear ! Balancenya ksue buat bunga rose merah hitam wink ;) Fatin & Mizran ~ semoga berbahagia !

Selamat Pengantin Baru

Image
Salam.. Gendang di palu...pengantin baru.. Duduk bersanding tersipu malu ~ ececehh nyayi pulok. Mula-mula order 25 jer En Amel ni..pastu tetiba malam call tambah lagik 50ketui. Nasib baik time tu dok tengah buat kek pun.. Alhamdulillah..siap. Terima kasih En Amel & Puan Rose dari Bachok, Teluk Pulai..eh ya ka?..err tak ingat nama tempat. Tahniah dari Sufe Home Recipe..semoga tetamu semua suka dapat doorgift cupcake yang tak seberapa tu. Temanya kaler ungu putih :)

Cupcake Hantaran

Image
As salam... Gambar semua dah upload dalam FB ~ Sufe Boutique , tapi xsempat nak menulis dalam blog lagi kisahnya seketui-seketui uhuhu. Ini tempahan dari Kak Za (Kubang Kerian). Temanya kaler hijau & gold. Actually kata Kak Za nak letak atas hantaran tapi dah ada bakul dah cuma nak masukkan kek saja. So sue buatkan kek chocolate moist & fondant atas permintaan Kak Za sendiri. Sue readykan jugak bekasnya 'dome' with deco.. happy viewing. Jumpa Kak Za kat Mydin Kubang Kerian..semoga kak Za suka design tu.

Selamat Pengantin Baru

Image
As salam semua... Bulan Mei ni musim cuti sekolah jadi sama dengan musim kawen jugak ehehe. Alhamdulillah rezeki mengikut musim ni, buleh le share sikit kat sini untuk tatapan semua. Semalam ada tempahan dari Anis namanya dari Kadok, Kota Bharu. Sue gi hantar kat rumah..cantik rumah Anis. Orangnya pun kecik je ehehe. Anis tempah cupcake untuk letak atas dulang hantaran..tapi Anis dah ada bekasnya. So dia nak cupcake seperti yang dah di emelkan.. Simple je..sue buat lebih kurang sama ngan apa yang dah Anis emelkan, temanya merah putih. Harap Anis suka.. Selamat Pengantin Baru Anis dan pasangan..