Menyediakan perkhidmatan penyediaan katering, makanan ringan dan tempahan kek, biskut, kuih muih dan makanan lain.
Call/ whatsapp untuk rundingan 016-993 8333 (Sue)
Chocolate Cheese
Get link
Facebook
X
Pinterest
Email
Other Apps
-
Assalaualaikum. Last minute oder nak kek kecik chocolate cheese katanya. Mujur bahan segala ada, dapat bahagiakan birthday boy dengan sederhana adanya.
Happy birthday Aduka
Semoga dalam limpah rahmat Allah selalu ya...aamiin.
Bulan Ramadhan ni kita buat packing kecik² jual utk berbuka puasa. Ayam mangga yang rasanya masam manis pedas aaaa cukup semua rasalah.. Sangat sesuai buat buka puasa. Mangga, bawang dan daun ketumbar potong² standby utk tabur dia tas nanti. Siapa suka pedas, boleh potong cili padi. Tarraaa..ayam yang telah digoreng Sos adalah star of the recipe. Akar ketumbar, bwg putih, bwg merah, cili padi ditumbuk. Letak sos tiram, sos ikan, gula perasakan. Tambah air limau. Akhirnya, tabur daun ketumbar. Rasa masam, manis..masin cukup rasa. Jom masak 🥰
Bismillahirrahmanirrahim Korang yg malas nak masak asing² sayur dan lauk., buat ja paprik ayam. Lauk dan sayur bersatu gitu hehe. Nasi bungkus yang di tempah harini ayam paprik dan telur dadar, tambah sambal belcan sikit done. Ayam goreng manja, jgn terlalu garing. Tumis bahan tumbuk/ blend : bwg merah, bwg putih, lengkuas, halia dan serai. Masukkan sayuran - carrot, kcg panjang dan bunga kobis. Ehh jangan lupa daun limau purut, cili padi. Antara sayuran yg sesuai. Jom masak jom 🥰
Assalamualaikum wbt.. Alhamdulillah harini dah last day kursus tau. Depa buat pembahagian sijil dan sebagainya. kita pun ada ready katering sarapan dan lunch jugak utk semua peserta. Menu pagi kita mee goreng mamak. Mamak mana ampa jangan dok tanya, sat lagi mami naik angin susah bak ang ahahaa Mee Goreng Mamak Tengahari kita buat buffet harini sebab last day hureey² kann.. Kurma Ayam & Kentang Acar Timun & Nenas Ikan Kering Goreng Sambal Belacan Mak Mun Nasi Minyak Syukur pada Allah..selesai bersilat semua. Hangkut gedung gedang p tempat kursus..demi menambah pendapatan yang tak seberapa. Ini ja la yang mampu buat dengan tenaga seorang wanita. Ampa jangan dok kata orang yg dok juai makan tu semua kaya raya, kami semua ni nak tambah pendapatan saja..tampal yang mana berlubang bocoq sana sini. Kalau dah kaya, kami tak berpeluh sampai ke tumit dok masak berlemoih kat dapoq naaa.. Terima kasih sudi oder ngan kami. Alhamdulillah, bersyukur apa adanya..terima kasih berkongsi rezeki....